Selasa, 24 Jun 2008

Hidup dan Pilihan



Free Image Hosting At siteFree Image Hosting At siteFree Image Hosting At site
Free Image Hosting At siteFree Image Hosting At site

Salam,

Minggu lepas saya tidak berkesempatan menulis. Sibuk dengan persiapan seminar. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Ia berlangsung di Hotel Armada pada 22 Jun dengan kehadiran 14 orang peserta. Kursus ini dianjurkan oleh kami (saya dan isteri). Terima kasih dan tahniah kami ucapkan pada semua peserta yang mengikuti program ini. Ada juga yang bertanya “bila kursus lanjutan?” Kami belum ada kata putus lagi. InsyAllah pada bulan Februari tahun depan. Mamandangkan ia perlu dibuat tepi laut pantai timur kami perlu ambil pertimbangan tentang musim tengkujuh. Walaubagaimanapun kursus seperti ini akan diadakan lagi pada 10hb dan 24hb Ogos 2008.

Kami mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ilmu dan serba sedikit pengetahuan dengan peserta.

Perubahan hanya boleh berlaku dalam hidup bermula dari dalam diri kita sendiri. Nak atau tidak, mahu atau tidak. Dalam hidup kita tak boleh lari dari membuat pilihan. Sebuah kehidupan yang berjalan, suka atau tidak pilihan tetap mesti dilakukan. Contohnya; tanpa kita sedari apabila kita masuk restoran kita perlu buat pesanan pilihan kita. Nak minum atau tidak? Kalau nak minum, apa minumannya? Nak makan atau tidak? Dan apa makanannya?

Percaya atau tidak, kehidupan kita adalah sesuatu yang kita pilih. Siapa isteri atau suami kita? Bagaimana isteri atau suami yang kita nak? Berapa anak kita? Kat mana kita tinggal? Antara perkara yang kita pilih dalam kehidupan ini. Takdir? Ya memang perkara ini ditakdirkan tetapi ia ditakdirkan atas pilihan kita. Kita yang pilih.

Contohnya; sebuah perkahwinan sememangnya adalah jodoh yang ditakdirkan. Tetapi ia bermula dari pilihan dan kretiria yang kita hendak. Ia bermula dari dalaman kita dan cara kita berfikir. Tanpa disedari kita dahpun buat pilihan.Atas Maha PemurahNya maka ia diperkenankan.

Maka tidak salah kalau kita buat pilihan yang bakal membuahkan perubahan yang besar dalam hidup kita. Buatlah… insyAllah berbaloi. Kita buat satu perubahan positif dari sedikit kepada banyak, dari kecil kepada besar, Jangan takut dan jangan ragu. Setelah pilihan dibuat, yakin atas pilihan tersebut. Lakukan tindakan yang selari dengan pilihan tadi. Fikir dengan bijak. Bagi masa pada diri. Pasti ada jatuh dan bangun. Kita adalah pejuang diri kita. Pasti berbaloi, InsyAllah.

Perkara yang penting adalah bermula. Mulakan dengan lakaran baru. Lakaran yang indah dari kita untuk diri kita. Jadikan setiap muka dalam buku lakaran hidup ini lakaran yang indah…. yang tak boleh kita lupakan…



Ahad, 15 Jun 2008

Selamat datang hari Isnin


Kerja kuat semua. Jangan sibuk layan internet je... hehe

Ahad yang penat tapi tetap seronok

Hari ni saya penat mengadap komputer seharian. Mencari perkara baru yang mesti di pelajari. Dengan bantuan isteri, benda jadi mudah. Macam-macam istilah yang baru, naik pening kepala.



Bila dipikirkan memang rumit hidup ni. Banyak benda yang kita tak suka tapi... kena buat atau terpaksa buat. Tapi percayalah, kalau benda yang kita tak suka buat tu.. dibuat dengan cara yang betul akan jadi seronok. Dan akhirnya ia jadi kebiasaan. Dengan method atau cara yang betul juga boleh menjadikan ia satu pencapaian yang berbaloi. Justeru itu terlakarlah sebuah kejayaan

Saya tinggalkan anda dengan lakaran di atas untuk dihayati dan diamati. Motivasi ini juga untuk diri saya. ( macam khatib sembayang Jumaat lak :-)

---Sebuah lakaran bemula dengan satu titik.---

Sabtu, 14 Jun 2008

Orang terrrKAYA 2008!!!




Free Image Hosting At siteFree Image Hosting At siteFree Image Hosting At site
Free Image Hosting At siteFree Image Hosting At site

Salam,

Lakaran hari ni berkait dengan cerita semalam. Saya pergi ke post office (Kelana Jaya) ambil duit rebet tu. Wow!! Ramainya orang kat sana. Post office buka pukul 8.30 pagi tapi orang dah mula berkumpul seawal 7.30 pg. Saya dan isteri juga tidak ketinggalan. Jam 8.00 pagi kita dah sampai, tapi dapat no 93. Hehehe.. pukul 10 pagi urusan kami dahpun selesai.

Saya terfikir kalau jadi orang kaya macam Bill Gates tak perlu bersusah payah macam ni. Minyak naik sampai rm5.00/seliter pun tak kisah.... bukan minyak je yang dia boleh beli tapi syarikat pengeluar minyak pun dia boleh sapu.

Tapi itu Bill Gates sekarang yang dah kaya.. sebelum dia kaya sapa tahu susah payah dia. Dia bukan datang dari keluarga kaya. Bapa dia tak tinggalkan harta berjuta pun kat dia. Cuma dia ada window yang nak dijual. Dia cipta kejayaan dia sendiri... hebatkan. Masa tu kat US orang semua pakai DOS sistem dan tak ada orang pun yakin dengan dia. Dia seorang je percaya produk dia tu bagus. (kira macam syok sendirlah).

Hari ni kita salah seorang pengguna produk dia. hehehe... kita hanya mampu cakap "dah rezeki dia" atau "dah bisnes dia menjadi"..... tidak kurang juga kita akan kata "dah dia bijak, cuba aku bijak macam dia gak..., aku pun boleh kaya". Saya dulu pun selalu cakap macam tu. "Ini semua takdir Allah", kata saya. Hmmm..

Tapi bila pergi sembahyang Jumaat. Selalu keluar dalam khutbah firman Allah " Aku tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubahnya sendiri". Berulang kali saya didengarkan, sejak sekolah lagilah.. yelahlah juga kita mana tahu takdir kita apa. Buruk ke baik, kaya ke miskin.... hmmm.... Mengapa tidak saya juga bercita-cita macam Bill Gates masa nak kaya dulu... tak kaya macam diapun takpe tapi dapat 0.01% dari kekayaan dia apa salahnya..:-) hehehe kayo pakcik kayoo.... saya tinggalkan anda dengan lakaran kejayaan dibawah, sudi-sudikankan ye....



Jumaat, 13 Jun 2008

Lakaran Sulung


Salam para pembaca,

Terus terang saya katakan. Sekarang mood saya tak berapa baik. Hari ni ari Jumaat, esok patut cuti. Tapi kena datang keje gak. Keje banyak giler.. Tapi..... sebelum gi keje esok 14hb Jun boleh amik rebet kerajaan RM625.oo kete saya tu. Moto yang baru saya beli tupun bleh dapat. Ok gak tu. Ada RM775.

Hidup saya dan isteri tak banyak sangat pakai minyak. Kalau minyak wangi... banyak gak ar. Alhamdulillah, jadi tak terasa sangatlah. Tapi apa yang saya nak lakarkan di sini, pada kebanyakan orang ia adalah satu masalah besar. Yelah, kalu tempat yang nak di tuju setiap ari tu jauh dan pastinya memerlukan belanja minyak yang banyak. Sekarang ni, kalu biasa isi minyak Rm30 tapi sekarang ni kena isi Rm45 plak. Hmm... banyak beza tu.




Ada sesetengah tu kena amik langkah drastik. Macam kawan saya kat opis tu, kena pindahkan sekolah anak kepada sekolah yang lebih dekat dari rumahnya. Kesian gak ar.. anak yang tak berdosa jadi mangsa. Jiran saya pulak kena naik public transport untuk gi keje. Kete yang ada terpaksa direhatkan dirumah. Tidak kurang juga yang pindah rumah. Ni semua langkah yang agak bijak yang diambil.
Saya rasa sampai masanya. Kita perlu berjimat, rancang perbelanjaan kita dengan lebih teratur. Selalu pentingkan keperluan daripada kehendak. Juga telah sampai tikanya, kita mencari pendapatan alternatif dari sumber lain. Kalu rasa perlu pindah kerja yang lebih bagus pendapatannya; apa salahnya. Boleh jugak jenguk-jenguk ruang perniagaan lain yang ada. Jadi sekarang ni kalau tengok surat khabar, jenguk-jenguklah ruangan iklan peluang berniaga dan bukan lagi ruangan sukan dan hiburan yang jadi keutamaan. Kalu dah banyak duit nanti, apa salahnya :-) Rungut pasal minyak pun buat apa; luar kawalan kita. Tapi poket kita....kita yang kawal, kita boleh padatkan ia dengan duit kalau kita nak :-) OK itu saja lakaran saya kali yang pertama ini... Jumpa lagi....