Jumaat, 13 Jun 2008

Lakaran Sulung


Salam para pembaca,

Terus terang saya katakan. Sekarang mood saya tak berapa baik. Hari ni ari Jumaat, esok patut cuti. Tapi kena datang keje gak. Keje banyak giler.. Tapi..... sebelum gi keje esok 14hb Jun boleh amik rebet kerajaan RM625.oo kete saya tu. Moto yang baru saya beli tupun bleh dapat. Ok gak tu. Ada RM775.

Hidup saya dan isteri tak banyak sangat pakai minyak. Kalau minyak wangi... banyak gak ar. Alhamdulillah, jadi tak terasa sangatlah. Tapi apa yang saya nak lakarkan di sini, pada kebanyakan orang ia adalah satu masalah besar. Yelah, kalu tempat yang nak di tuju setiap ari tu jauh dan pastinya memerlukan belanja minyak yang banyak. Sekarang ni, kalu biasa isi minyak Rm30 tapi sekarang ni kena isi Rm45 plak. Hmm... banyak beza tu.




Ada sesetengah tu kena amik langkah drastik. Macam kawan saya kat opis tu, kena pindahkan sekolah anak kepada sekolah yang lebih dekat dari rumahnya. Kesian gak ar.. anak yang tak berdosa jadi mangsa. Jiran saya pulak kena naik public transport untuk gi keje. Kete yang ada terpaksa direhatkan dirumah. Tidak kurang juga yang pindah rumah. Ni semua langkah yang agak bijak yang diambil.
Saya rasa sampai masanya. Kita perlu berjimat, rancang perbelanjaan kita dengan lebih teratur. Selalu pentingkan keperluan daripada kehendak. Juga telah sampai tikanya, kita mencari pendapatan alternatif dari sumber lain. Kalu rasa perlu pindah kerja yang lebih bagus pendapatannya; apa salahnya. Boleh jugak jenguk-jenguk ruang perniagaan lain yang ada. Jadi sekarang ni kalau tengok surat khabar, jenguk-jenguklah ruangan iklan peluang berniaga dan bukan lagi ruangan sukan dan hiburan yang jadi keutamaan. Kalu dah banyak duit nanti, apa salahnya :-) Rungut pasal minyak pun buat apa; luar kawalan kita. Tapi poket kita....kita yang kawal, kita boleh padatkan ia dengan duit kalau kita nak :-) OK itu saja lakaran saya kali yang pertama ini... Jumpa lagi....

Tiada ulasan: