Sabtu, 14 Jun 2008

Orang terrrKAYA 2008!!!




Free Image Hosting At siteFree Image Hosting At siteFree Image Hosting At site
Free Image Hosting At siteFree Image Hosting At site

Salam,

Lakaran hari ni berkait dengan cerita semalam. Saya pergi ke post office (Kelana Jaya) ambil duit rebet tu. Wow!! Ramainya orang kat sana. Post office buka pukul 8.30 pagi tapi orang dah mula berkumpul seawal 7.30 pg. Saya dan isteri juga tidak ketinggalan. Jam 8.00 pagi kita dah sampai, tapi dapat no 93. Hehehe.. pukul 10 pagi urusan kami dahpun selesai.

Saya terfikir kalau jadi orang kaya macam Bill Gates tak perlu bersusah payah macam ni. Minyak naik sampai rm5.00/seliter pun tak kisah.... bukan minyak je yang dia boleh beli tapi syarikat pengeluar minyak pun dia boleh sapu.

Tapi itu Bill Gates sekarang yang dah kaya.. sebelum dia kaya sapa tahu susah payah dia. Dia bukan datang dari keluarga kaya. Bapa dia tak tinggalkan harta berjuta pun kat dia. Cuma dia ada window yang nak dijual. Dia cipta kejayaan dia sendiri... hebatkan. Masa tu kat US orang semua pakai DOS sistem dan tak ada orang pun yakin dengan dia. Dia seorang je percaya produk dia tu bagus. (kira macam syok sendirlah).

Hari ni kita salah seorang pengguna produk dia. hehehe... kita hanya mampu cakap "dah rezeki dia" atau "dah bisnes dia menjadi"..... tidak kurang juga kita akan kata "dah dia bijak, cuba aku bijak macam dia gak..., aku pun boleh kaya". Saya dulu pun selalu cakap macam tu. "Ini semua takdir Allah", kata saya. Hmmm..

Tapi bila pergi sembahyang Jumaat. Selalu keluar dalam khutbah firman Allah " Aku tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubahnya sendiri". Berulang kali saya didengarkan, sejak sekolah lagilah.. yelahlah juga kita mana tahu takdir kita apa. Buruk ke baik, kaya ke miskin.... hmmm.... Mengapa tidak saya juga bercita-cita macam Bill Gates masa nak kaya dulu... tak kaya macam diapun takpe tapi dapat 0.01% dari kekayaan dia apa salahnya..:-) hehehe kayo pakcik kayoo.... saya tinggalkan anda dengan lakaran kejayaan dibawah, sudi-sudikankan ye....



Tiada ulasan: