Selasa, 24 Jun 2008

Hidup dan Pilihan



Free Image Hosting At siteFree Image Hosting At siteFree Image Hosting At site
Free Image Hosting At siteFree Image Hosting At site

Salam,

Minggu lepas saya tidak berkesempatan menulis. Sibuk dengan persiapan seminar. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Ia berlangsung di Hotel Armada pada 22 Jun dengan kehadiran 14 orang peserta. Kursus ini dianjurkan oleh kami (saya dan isteri). Terima kasih dan tahniah kami ucapkan pada semua peserta yang mengikuti program ini. Ada juga yang bertanya “bila kursus lanjutan?” Kami belum ada kata putus lagi. InsyAllah pada bulan Februari tahun depan. Mamandangkan ia perlu dibuat tepi laut pantai timur kami perlu ambil pertimbangan tentang musim tengkujuh. Walaubagaimanapun kursus seperti ini akan diadakan lagi pada 10hb dan 24hb Ogos 2008.

Kami mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ilmu dan serba sedikit pengetahuan dengan peserta.

Perubahan hanya boleh berlaku dalam hidup bermula dari dalam diri kita sendiri. Nak atau tidak, mahu atau tidak. Dalam hidup kita tak boleh lari dari membuat pilihan. Sebuah kehidupan yang berjalan, suka atau tidak pilihan tetap mesti dilakukan. Contohnya; tanpa kita sedari apabila kita masuk restoran kita perlu buat pesanan pilihan kita. Nak minum atau tidak? Kalau nak minum, apa minumannya? Nak makan atau tidak? Dan apa makanannya?

Percaya atau tidak, kehidupan kita adalah sesuatu yang kita pilih. Siapa isteri atau suami kita? Bagaimana isteri atau suami yang kita nak? Berapa anak kita? Kat mana kita tinggal? Antara perkara yang kita pilih dalam kehidupan ini. Takdir? Ya memang perkara ini ditakdirkan tetapi ia ditakdirkan atas pilihan kita. Kita yang pilih.

Contohnya; sebuah perkahwinan sememangnya adalah jodoh yang ditakdirkan. Tetapi ia bermula dari pilihan dan kretiria yang kita hendak. Ia bermula dari dalaman kita dan cara kita berfikir. Tanpa disedari kita dahpun buat pilihan.Atas Maha PemurahNya maka ia diperkenankan.

Maka tidak salah kalau kita buat pilihan yang bakal membuahkan perubahan yang besar dalam hidup kita. Buatlah… insyAllah berbaloi. Kita buat satu perubahan positif dari sedikit kepada banyak, dari kecil kepada besar, Jangan takut dan jangan ragu. Setelah pilihan dibuat, yakin atas pilihan tersebut. Lakukan tindakan yang selari dengan pilihan tadi. Fikir dengan bijak. Bagi masa pada diri. Pasti ada jatuh dan bangun. Kita adalah pejuang diri kita. Pasti berbaloi, InsyAllah.

Perkara yang penting adalah bermula. Mulakan dengan lakaran baru. Lakaran yang indah dari kita untuk diri kita. Jadikan setiap muka dalam buku lakaran hidup ini lakaran yang indah…. yang tak boleh kita lupakan…