
Sekarang kita ini sentisa melihat dan mendengar masalah ahli politik negara. Ibaratnya tiada berpenghujung. Saya agak terkilan dengan sikap ahli politik Melayu yang melatah. Saya berkerja dengan syarikat swasta yang terdiri pelbagai bangsa. Jadi malu dibuatnya.
Sayang sekali orang Melayu, bangsa yang bermaruah telah hilang maruahnya. Masalah peribadi dibawa masuk dalam politik. Sayang juga buat PAS tidak bertanding semua tempat untuk menjadi saluran alternatif bangsa Melayu. Kesimpulannya perpecahan berlaku.
Anwar dengan perang peribadi dan dendam kesumatnya. Najib pula sibuk mempertahankan kedudukan sebagai bakal PM. Sekarang ni orang Cina dan
Tidak kira siapapun yang menjadi PM. Kalau Anwarlah orangnya, maka tercapailah matlamatnya. Kalau Najib orangnya, tercapai matlamat teori RAHMAN tu. Itu saja. Tapi matlamat kita macam mana pula?
Hari ini isu ketuanan Melayu telah berani disentuh. Tidak hairan juga, dalam masa beberapa tahun akan datang bangsa lain akan bercakap “it is time we lead the country, we can’t trust Malays any more”. Persoalannya, bersediakah orang Melayu ketika itu?
Anak Melayu sentiasa mendapat keutamaan dalam pelajaran. Di dalam mahupun di luar negara. Untuk menghantar seorang pelajar keluar negara memerlukan bon lebih kurang sebanyak rm200,000.00. Selama ini ia ditanggung penuh oleh kerajaan. Mungkin dasar ini akan berubah. Mungkin ia akan dibuka untuk bangsa lain. Dan mungkin untuk bersikap adil kerajaan akan mengeluarkan 50% saja dari nilai bon. Dan lagi 50% perlu disediakan oleh ibubapa. Perlu diingatkan subsidi semakin berkurang.
Tidak dinafikan memang anak Melayu pandai. Tapi sekiranya situasi di atas berlaku, anak bangsa mana yang mungkin berkemampuan? Fikirkanlah bersama?

KITA dan SUBSIDI
Kita kena terima hakikat yang subsidi akan berkurangan. Ada baik dan buruk bila perkara ni berlaku. Ia memang mempengaruhi pemikiran masyarakat.
Rakyat
Kita yang dalam negara ini, pasti boleh juga. Kenapa tidak ? Cuma perlu pengetahuan dan fokus. Saya tidak nafikan ia perkara yang sukar but posible. Tanya pada diri mahu atau tidak.
Kenapa soalannya, mesti ada kabel atau tidak; ada subsidi atau tidak; sehingga menghalang kita untuk survive dalam hidup? Soalannya patut kita nak atau tidak? Kita selalu merungut barang naik. Ia tak merubah apa-apapun. Ia luar kawalan kita. Yang kita boleh kawal, poket kita.
Bila barang naik kita ada dua pilihan
1-kurangkan guna barangan tersebut atau;
2-cari sumber duit tambahan untuk membelinya.
Manakah yang kita pilih? Jikalau saya pilih yang ke-2. Saya ubah diri saya dan ini memerlukan teknik yang betul dan tepat. Saya tidak mengatakan saya pakar, tapi buat sesuatu untuk kebaikan kita Hidup semakin mencabar. Jangan takut untuk bermula
Islam tidak melarang kita menjadi kaya. Malah menggalakkan. Jika tidak masakan mengeluarkan zakat itu rukun lagi wajib. Pelbagai jenis zakat Islam ada; perniagaan, ternakan, tanaman, fitrah dan lain-lain.
Seperti sabda Baginda ;
'Tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan yang dibawah'
Anda pilih tangan yang mana?

1 ulasan:
salam...
hehehe cantik blog busu
Catat Ulasan