Ahad, 20 Julai 2008

Mmm... Sedapnya

Baru-baru ni saya dan suami ke Mydin Subang. Sebelum ini memang tidak pernah ke sana. Wahh !! macam-macam ada di sana. Saya sebelum ni dengar cerita orang je. Kadang-kadang jakun pulak jadinya. Yelah bayangkan sebuah hyper market ada jual macam-macam barang sampai keris pun ada. Saya ingatkan Central Market je ada jual benda macam ni. Cuma terpikir pula ada ke orang nak beli. Tapi orang kata, kalau kita nak jual pasti ada orang nak beli.

Kiosk-kiosk yang luar pun hebat, kiosk tudung, kain batik canting, barangan kulit dan macam-macam lagi. Masa kami nak pulang, kami tertarik dengan satu bau menarik dari sebuah kiosk cookies. Memang baunya sedap. Kami segera ke kiosk tersebut. Rupanya kiosk itu sedang membuat sampel kuih untuk hari raya. Kami dilayan mesra oleh Kak Maznah; tuan punya kiosk. Peramah orangnya.

Kami diberi rasa beberapa kuih sampel. Alhamdulillah sedap. Kiosk ni ada jual muffin, cookies, biskut, tart, cheese tart. Tapi semuanya memang sedap. Harganya juga berpatutan. Saya pun beli 7 muffin dengan harga cuma rm10 sahaja. M&M Oven Fresh ada 3 cawangan di Komplek PKNS, Presint 3 Putrajaya dan di Mydin Subang. Saya rasa bangga dengan Kak Maznah, melihat wanita Melayu gigih. Jam hampir pukul 11 malam tapi masih lagi di kiosk siapkan kerja.

Berniaga memang macam itu. Tak boleh bagi banyak alasan. Sebab naik bangun bisnes kita terpulang pada kita sendiri. Kita mesti letakkan momentum yang persisten dan berterusan. Itu yang kita mesti ada. Sehingga bisnes itu boleh beroperasi dengan kawal selia yang minimum daripada kita. Sekurang-kurangnya 5 tahun. Itu pun tengok keadaan, ada-ada perkara kita kena buat sendiri dan tidak boleh harapkan pekerja.

Kita boleh mulakan dengan perkara yang kita minat. Contohnya, Kak Maznah minat buat biskut dan kek. Jadi beliau menceburi bidang perniagaan yang beliau sendiri minati. Bila kita minat, tiadalah rasa jemu. Seperkara lagi, kita tidak perlu outsource kerja-kerja tersebut kerana kita sendiri boleh melakukannya. Sekaligus mengurangkan kos tenaga.

Tidak semestinya kita buka kiosk macam Kak Maznah.Kita boleh mulakan dengan kecil-kecilan dulu-yang kurang risiko. Mungkin buka kelas memasak atau ambil tempahan buat kek. Rasakan arus perniagaan itu. Rasakan mendapat keuntungannya. Feel the flow. Ini sangat penting; sebab kita kena belajar uruskan modal kecil dahulu sebelum modal yang lebih besar. Jikalau dengan modal yang kecil kita gagal apatah lagi modal yang besar.

Ini adalah pandangan dan pemerhatian saya yang ingin dikongsi bersama.. Perkara asas. Persediaan minda dan fizikal penting sebelum kita terjun dalam arena perniagaan. Kenali kelebihan dan kelemahan diri kita. Saya syorkan hadiri seminar-seminar yang berkenaan. Saya sendiri menganjurkan seminar yang berkaitan.

Memang berbaloi. Baru-baru ini saya terima sms dari salah seorang peserta kursus yang berbunyi:

Salam. Syukur Alhamdulillah selepas saya attend Seminar Evolusi Minda tempoh hari. RBK (nama syarikat beliau) bermula bisnes soya dari 200 karton, naik mendadak 1000 karton hujung bulan Julai 2008!!
Syabas dan terima kasih kepada moderator Pn Arina Abbas kerana tip-tip yang LUAR BIASA!!! –

Idris Mohammad
Usahawan

Saya sendiri rasa kagum dan teruja dengan beliau. Oleh itu lawati laman web rasmi saya untuk pernerangan lanjut. Dapatkan laporan percuma di sana. Baca dan fikirkan. Percayalah. Memang berbaloi.


KLIK DI SINI UNTUK LAPORAN PERCUMA







Salam Kejayaan buat Semua. Terima Kasih.

Tiada ulasan: