Selasa, 12 Ogos 2008

ALHAMDULILLAH, Evolusi Minda Berjaya


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah lama saya tak mencatat sesuatu. Sebelum ini agak sibuk dengan persiapan seminar. Alhamdulillah, Seminar Evolusi Minda anjuran saya telah berjaya dilangsungkan dalam keadaan yang sangat membanggakan. Seminar yang diadakan di Hotel Armada dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang ini; mengupas pelbagai rahsia kebahagiaan, kekayaan dan kejayaan dengan hanya mengubah cara berfikiran.

Seramai 62 orang peserta hadir dari pelbagai lapangan bidang. Ada yang dari MLM, Unit Trust dan tidak ketinggalan juga IM. Antara yang datang Syed Ikhwan, Yusry dan termasuk Team Flarebiz-Zhafran dan Labanon.

Ramai yang teruja dengan ilmu dan teknik yang diterangkan. Banyak juga respon-respon yang memberangsangkan. "Alhamdulillah" detik hati saya. Saya tidak berniat untuk mengajar tapi hanya menyampaikan. Dengan adanya ilmu ini kita akan lebih mudah menjalani hidup baik dari segi kebahagiaan, kesihatan dan malahan keewangan.

Ada juga yang terlepas seminar ini kerana pendaftaran telah penuh. Maka atas permintaan ramai, InsyaAllah saya akan adakan seminar ini lagi dalam tempoh terdekat. Mungkin 24hb Ogos akan datang. Bagaimanapun saya akan umumkan kemudian. Temui lagi dilain masa.

Salam Evolusi daripada saya.

Ahad, 20 Julai 2008

Mmm... Sedapnya

Baru-baru ni saya dan suami ke Mydin Subang. Sebelum ini memang tidak pernah ke sana. Wahh !! macam-macam ada di sana. Saya sebelum ni dengar cerita orang je. Kadang-kadang jakun pulak jadinya. Yelah bayangkan sebuah hyper market ada jual macam-macam barang sampai keris pun ada. Saya ingatkan Central Market je ada jual benda macam ni. Cuma terpikir pula ada ke orang nak beli. Tapi orang kata, kalau kita nak jual pasti ada orang nak beli.

Kiosk-kiosk yang luar pun hebat, kiosk tudung, kain batik canting, barangan kulit dan macam-macam lagi. Masa kami nak pulang, kami tertarik dengan satu bau menarik dari sebuah kiosk cookies. Memang baunya sedap. Kami segera ke kiosk tersebut. Rupanya kiosk itu sedang membuat sampel kuih untuk hari raya. Kami dilayan mesra oleh Kak Maznah; tuan punya kiosk. Peramah orangnya.

Kami diberi rasa beberapa kuih sampel. Alhamdulillah sedap. Kiosk ni ada jual muffin, cookies, biskut, tart, cheese tart. Tapi semuanya memang sedap. Harganya juga berpatutan. Saya pun beli 7 muffin dengan harga cuma rm10 sahaja. M&M Oven Fresh ada 3 cawangan di Komplek PKNS, Presint 3 Putrajaya dan di Mydin Subang. Saya rasa bangga dengan Kak Maznah, melihat wanita Melayu gigih. Jam hampir pukul 11 malam tapi masih lagi di kiosk siapkan kerja.

Berniaga memang macam itu. Tak boleh bagi banyak alasan. Sebab naik bangun bisnes kita terpulang pada kita sendiri. Kita mesti letakkan momentum yang persisten dan berterusan. Itu yang kita mesti ada. Sehingga bisnes itu boleh beroperasi dengan kawal selia yang minimum daripada kita. Sekurang-kurangnya 5 tahun. Itu pun tengok keadaan, ada-ada perkara kita kena buat sendiri dan tidak boleh harapkan pekerja.

Kita boleh mulakan dengan perkara yang kita minat. Contohnya, Kak Maznah minat buat biskut dan kek. Jadi beliau menceburi bidang perniagaan yang beliau sendiri minati. Bila kita minat, tiadalah rasa jemu. Seperkara lagi, kita tidak perlu outsource kerja-kerja tersebut kerana kita sendiri boleh melakukannya. Sekaligus mengurangkan kos tenaga.

Tidak semestinya kita buka kiosk macam Kak Maznah.Kita boleh mulakan dengan kecil-kecilan dulu-yang kurang risiko. Mungkin buka kelas memasak atau ambil tempahan buat kek. Rasakan arus perniagaan itu. Rasakan mendapat keuntungannya. Feel the flow. Ini sangat penting; sebab kita kena belajar uruskan modal kecil dahulu sebelum modal yang lebih besar. Jikalau dengan modal yang kecil kita gagal apatah lagi modal yang besar.

Ini adalah pandangan dan pemerhatian saya yang ingin dikongsi bersama.. Perkara asas. Persediaan minda dan fizikal penting sebelum kita terjun dalam arena perniagaan. Kenali kelebihan dan kelemahan diri kita. Saya syorkan hadiri seminar-seminar yang berkenaan. Saya sendiri menganjurkan seminar yang berkaitan.

Memang berbaloi. Baru-baru ini saya terima sms dari salah seorang peserta kursus yang berbunyi:

Salam. Syukur Alhamdulillah selepas saya attend Seminar Evolusi Minda tempoh hari. RBK (nama syarikat beliau) bermula bisnes soya dari 200 karton, naik mendadak 1000 karton hujung bulan Julai 2008!!
Syabas dan terima kasih kepada moderator Pn Arina Abbas kerana tip-tip yang LUAR BIASA!!! –

Idris Mohammad
Usahawan

Saya sendiri rasa kagum dan teruja dengan beliau. Oleh itu lawati laman web rasmi saya untuk pernerangan lanjut. Dapatkan laporan percuma di sana. Baca dan fikirkan. Percayalah. Memang berbaloi.


KLIK DI SINI UNTUK LAPORAN PERCUMA







Salam Kejayaan buat Semua. Terima Kasih.

Ahad, 13 Julai 2008

Jumaat yang ditunggu-tunggu


Salam para pembaca,

Hari Jumaat. Bagi mereka yang bekerja tentu tertunggu-tunggu hari tersebut. Penghulu segala hari dan yang paliiing penting esoknya cuti. Seperti yang selalu orang kata. Esok bermula dari malam ini. Oleh itu selepas balik kerja hari Jumaat pastinya keseronokan cuti esok tergambar di muka masing-masing.

Biasanya hari Jumaat ramai yang merungut “jalan jamlah” . Yelah juga. Ramai yang nak balik kampung, makan angin, keluar dating, tengok wayang dan macam-macam lagilah. Saya pun biasanya tak lepaskan peluang memanfaatkan hari Jumaat.

Lepas balik kerja pada Jumaat lalu, saya dan isteri keluar bersama untuk makan malam. Kami tuju ke sebuah restoran. Restoran Alladin di Kelana Jaya. Perkara yang menarik tentang restoran ini, ia dimiliki oleh seorang mualaf. Semua makanannya adalah makanan cina dan halal lagi. Alhamdullah makanannya sedap. Konsep berlainan dan suasana yang cosy. Harganya pun berpatutan.


Selepas makan malam, kami beli sedikit lauk untuk orang di rumah. Satu lagi restoran bersebelahan dengannya. Restoran Sari Ratu. Bagi anda yang inginkan kelainan; restoran ini menghidangkan citarasa Padang-Indonesia. Pemiliknya seorang usahawan dari sana. Ia juga ada cawangan di Mid Valley. Harganya agak mahal tapi sekali-kala apa salahnya.

Sebenarnya kadang-kadang kita perlu memanjakan diri kita. Ia adalah satu proses menyayangi dan menghargai diri. Bagi diri kita masa, kelapangan dan keseronokkan. Tidak semestinya makan di restoran, kalau kita rasa seronok pergi ke gym, spa, sauna atau sukan air seperti snorkelling, scuba, pun boleh juga.

Disamping itu kita mesti selitkan unsur membina didalamnya. Seperti bina contact atau lihat macam mana orang yang ada di situ. Macam mana mereka jalankan bisnes? Macam mana mereka berfikir? Macam mana mereka jalani hidup? Macam mana sewa tempat itu? Mahal ke murah? Kalau ada peluang bertanya, apa salahnya. Jangan sampai kena halaulah. Ada yang baik, kita ikut. Boleh jadi tips.

Untuk kita berjaya perlu ada idea yang constuctive macam ni. Saya akui buat konvensianal bisnes ke, multi level ke, atau internet marketing, semuanya ada jatuh dan bangun. Kira kena ada trial and errorlah. Tapi hidup sekarang ni kita tak boleh buat silap banyak kali. Kalau tidak, merana menanggung hutang.

Apa yang boleh dibuat dalam peringkat awal, cari tips macam ini. Dengan cara ini, kita tidak perlu buat kesilapan. Oleh itu, perjalanan bisnes kita lebih sistematik dan terancang. Kesilapan yang lepas orang lain dah buat, kita cuma belajar. Ilmu sangat penting, pergilah kursus-kursus keusahawanan dan motivasi perniagaan. Disamping kita dapat ilmu ; bergaul dengan mereka yang berjaya juga boleh menambahkan semangat. Cuma jangan lupa dirilah, yang berjaya mereka bukan kita. Bukan apa cuma ingatkan, sebab lumrah manusia mudah tertipu dengan pemikiran sendiri.
Stay focus, okay… Sekian lakaran kali ini. Jumpa lagi… :-)

Selasa, 8 Julai 2008

KITA ADALAH APA KITA FIKIRKAN.


EVOLUSIKAN MINDA KITA


Salam pada semua pembaca,

Sukacitanya saya mengumumkan laman web Evolusi Minda telah siap dan bersedia menemui anda. Seminar kami yang dahulunya dikenali sebagai Personal Excellent (Kecemerlangan Peribadi) telah maju setapak lagi.

Kami mengalu-alukan dan menjemput anda semua bersama dalam seminar kami yang hebat ini. Kami mengajak anda meng EVOLUSIkan minda bersama. Ia bukan teknik berfikiran positif ataupun seminar motivasi biasa. Ia adalah teknik berfikir dengan betul yang mampu mengubah kehidupan anda.

Ia sesuatu yang sainstifik dan terbukti !!!

Jadi kenapa pilih untuk hidup dalam keadaan minda yang terhad? Beri peluang pada diri anda. Anda selayaknya mendapat lebih dari apa yang anda ada sekarang. Percayalah. Tiada lagi mustahil.

Lihat sendiri dalam laman web kami. Segera dapatkan laporan percuma di sana dan banyak lagi tawaran istimewa lain. Sertai kami sekarang.


Ahad, 6 Julai 2008

MELAYU OH MELAYU.

Salam para pembaca,

Sekarang kita ini sentisa melihat dan mendengar masalah ahli politik negara. Ibaratnya tiada berpenghujung. Saya agak terkilan dengan sikap ahli politik Melayu yang melatah. Saya berkerja dengan syarikat swasta yang terdiri pelbagai bangsa. Jadi malu dibuatnya.

Sayang sekali orang Melayu, bangsa yang bermaruah telah hilang maruahnya. Masalah peribadi dibawa masuk dalam politik. Sayang juga buat PAS tidak bertanding semua tempat untuk menjadi saluran alternatif bangsa Melayu. Kesimpulannya perpecahan berlaku.

Anwar dengan perang peribadi dan dendam kesumatnya. Najib pula sibuk mempertahankan kedudukan sebagai bakal PM. Sekarang ni orang Cina dan India sudah mula bercakap “Anwar ka, Najib ka, Paklah ka, semua sama saja; sekarang bolehlah cakap itu ini, bila dapat itu tempat (pm) mesti sama punya”. Saya hanya mampu tersenyum sambil rasa malu.

Tidak kira siapapun yang menjadi PM. Kalau Anwarlah orangnya, maka tercapailah matlamatnya. Kalau Najib orangnya, tercapai matlamat teori RAHMAN tu. Itu saja. Tapi matlamat kita macam mana pula?

Hari ini isu ketuanan Melayu telah berani disentuh. Tidak hairan juga, dalam masa beberapa tahun akan datang bangsa lain akan bercakap “it is time we lead the country, we can’t trust Malays any more”. Persoalannya, bersediakah orang Melayu ketika itu?

Anak Melayu sentiasa mendapat keutamaan dalam pelajaran. Di dalam mahupun di luar negara. Untuk menghantar seorang pelajar keluar negara memerlukan bon lebih kurang sebanyak rm200,000.00. Selama ini ia ditanggung penuh oleh kerajaan. Mungkin dasar ini akan berubah. Mungkin ia akan dibuka untuk bangsa lain. Dan mungkin untuk bersikap adil kerajaan akan mengeluarkan 50% saja dari nilai bon. Dan lagi 50% perlu disediakan oleh ibubapa. Perlu diingatkan subsidi semakin berkurang.

Tidak dinafikan memang anak Melayu pandai. Tapi sekiranya situasi di atas berlaku, anak bangsa mana yang mungkin berkemampuan? Fikirkanlah bersama?



KITA dan SUBSIDI

Kita kena terima hakikat yang subsidi akan berkurangan. Ada baik dan buruk bila perkara ni berlaku. Ia memang mempengaruhi pemikiran masyarakat. Ada negara-negara, boleh dikatakan rakyatnya menerima nikmat kemudahan hidup yang optimum dengan hasil kekayaan negara. Tetapi sikap terlalu memberi boleh membunuh survival spirit masyarakatnya. Erti kata mereka kurang daya saing.

Rakyat Malaysia boleh survive di negara asing. Ramai orang kita berjaya di UK, US, Switzerland, Australia dan banyak negara lain. Mereka bermula dari tiada apa-apa pun. Bukan dari keluarga kaya atau warisi harta keluarga yang melimpah ruah. Pendek kata, kalau dicampak orang kita di negara luar, kita boleh hiduplah.

Kita yang dalam negara ini, pasti boleh juga. Kenapa tidak ? Cuma perlu pengetahuan dan fokus. Saya tidak nafikan ia perkara yang sukar but posible. Tanya pada diri mahu atau tidak. Ada juga yang bercakap dengan saya, ‘susahlah, aku takde kabel’. Tapi bila difikirkan, Tan Sri Syed Mokhtar kaya pun tak pakai kabel. Cuma biasalah sekarang ini bila dah kaya, dia hubungan dengan orang politik. Tapi dia tidak menjadikan politik sebagai tapak asas kekayaannya.

Kenapa soalannya, mesti ada kabel atau tidak; ada subsidi atau tidak; sehingga menghalang kita untuk survive dalam hidup? Soalannya patut kita nak atau tidak? Kita selalu merungut barang naik. Ia tak merubah apa-apapun. Ia luar kawalan kita. Yang kita boleh kawal, poket kita.

Bila barang naik kita ada dua pilihan

1-kurangkan guna barangan tersebut atau;

2-cari sumber duit tambahan untuk membelinya.

Manakah yang kita pilih? Jikalau saya pilih yang ke-2. Saya ubah diri saya dan ini memerlukan teknik yang betul dan tepat. Saya tidak mengatakan saya pakar, tapi buat sesuatu untuk kebaikan kita Hidup semakin mencabar. Jangan takut untuk bermula

Ada juga yang bertanya,. ‘salahkah kita jadi kaya?’ Tentu tidak. Islam dimartabatkan oleh orang-orang kaya. Abdul Rahman bin Auf r.a, Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a, Saiditina Khatijah r.a. Kekayaan bukan satu dosa tapi satu kemulian dan nikmat. Cuma sebagai orang Islam kita perlu buat apa yang patut kita buat.

Islam tidak melarang kita menjadi kaya. Malah menggalakkan. Jika tidak masakan mengeluarkan zakat itu rukun lagi wajib. Pelbagai jenis zakat Islam ada; perniagaan, ternakan, tanaman, fitrah dan lain-lain.

Seperti sabda Baginda ;

'Tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan yang dibawah'

Anda pilih tangan yang mana?



Selasa, 24 Jun 2008

Hidup dan Pilihan



Free Image Hosting At siteFree Image Hosting At siteFree Image Hosting At site
Free Image Hosting At siteFree Image Hosting At site

Salam,

Minggu lepas saya tidak berkesempatan menulis. Sibuk dengan persiapan seminar. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Ia berlangsung di Hotel Armada pada 22 Jun dengan kehadiran 14 orang peserta. Kursus ini dianjurkan oleh kami (saya dan isteri). Terima kasih dan tahniah kami ucapkan pada semua peserta yang mengikuti program ini. Ada juga yang bertanya “bila kursus lanjutan?” Kami belum ada kata putus lagi. InsyAllah pada bulan Februari tahun depan. Mamandangkan ia perlu dibuat tepi laut pantai timur kami perlu ambil pertimbangan tentang musim tengkujuh. Walaubagaimanapun kursus seperti ini akan diadakan lagi pada 10hb dan 24hb Ogos 2008.

Kami mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ilmu dan serba sedikit pengetahuan dengan peserta.

Perubahan hanya boleh berlaku dalam hidup bermula dari dalam diri kita sendiri. Nak atau tidak, mahu atau tidak. Dalam hidup kita tak boleh lari dari membuat pilihan. Sebuah kehidupan yang berjalan, suka atau tidak pilihan tetap mesti dilakukan. Contohnya; tanpa kita sedari apabila kita masuk restoran kita perlu buat pesanan pilihan kita. Nak minum atau tidak? Kalau nak minum, apa minumannya? Nak makan atau tidak? Dan apa makanannya?

Percaya atau tidak, kehidupan kita adalah sesuatu yang kita pilih. Siapa isteri atau suami kita? Bagaimana isteri atau suami yang kita nak? Berapa anak kita? Kat mana kita tinggal? Antara perkara yang kita pilih dalam kehidupan ini. Takdir? Ya memang perkara ini ditakdirkan tetapi ia ditakdirkan atas pilihan kita. Kita yang pilih.

Contohnya; sebuah perkahwinan sememangnya adalah jodoh yang ditakdirkan. Tetapi ia bermula dari pilihan dan kretiria yang kita hendak. Ia bermula dari dalaman kita dan cara kita berfikir. Tanpa disedari kita dahpun buat pilihan.Atas Maha PemurahNya maka ia diperkenankan.

Maka tidak salah kalau kita buat pilihan yang bakal membuahkan perubahan yang besar dalam hidup kita. Buatlah… insyAllah berbaloi. Kita buat satu perubahan positif dari sedikit kepada banyak, dari kecil kepada besar, Jangan takut dan jangan ragu. Setelah pilihan dibuat, yakin atas pilihan tersebut. Lakukan tindakan yang selari dengan pilihan tadi. Fikir dengan bijak. Bagi masa pada diri. Pasti ada jatuh dan bangun. Kita adalah pejuang diri kita. Pasti berbaloi, InsyAllah.

Perkara yang penting adalah bermula. Mulakan dengan lakaran baru. Lakaran yang indah dari kita untuk diri kita. Jadikan setiap muka dalam buku lakaran hidup ini lakaran yang indah…. yang tak boleh kita lupakan…



Ahad, 15 Jun 2008

Selamat datang hari Isnin


Kerja kuat semua. Jangan sibuk layan internet je... hehe